Barang-barang hasil negerinya yang ada kemungkinan laku di negeri orang lain dibawanya ke sana,sedangkan barang-barang atau hasil bumi negeri lain dibawanya pula ke kampungnya.
Sesuai dengan keadaan pada waktu itu,untuk sampai ke sesebuah negeri terpaksa menghadapi pelbagai rintangan.Rintangan yang dimaksudkan termasuklah mengharungi padang pasir yang panas dan berdebu,terik matahari yang membakar kulit serta air untuk minuman yang sukar dijumpai.Kenderaan yang ada pada waktu itu hanyalah menunggang kuda atau unta.
Selain ringtangan yang disebutkan di atas,pada waktu itu tidak jarang adanya penyamun-penyamun di tengah perjalanan.Tidak terkecuali Abu Mi'Laq,beliau juga sering diserang penyamun di dalam perjalanannya.
Ketika Abu Mi'Laq berjalan mengharungi padang pasir yang cukup luas,tiba-tiba beliau dicegat oleh seorang penyamun yang tidak dikenalinya.Melihat gelagat lelaki itu seorang penyamun kerana dia menyapa secara tidak hormat serta memegang pedang yang terhunus.
Lelaki itu berkata kepada Abu Mi'Laq:"Berhenti dan letakkan barang-barangmu,engkau akan ku bunuh di sini." Abu Mi'Laq menjawab:"Apa gunanya darahku kepadamu?Apakah kau memerlukan wang dan harta?" Penjahat itu berkata:"Aku tidak memerlukan wang aku mahukan nyawamu!"
Abu Mi'Laq berkata:"Kalau engkau memang ingin membunuhku,izinkanlah aku mengerjakan solat empat rakaat." Penjahat itu berkata:"Solatlah!"
Abu Mi'Laq pun berwuduk kemudian solat empat rakaat.Dalam sujudnya yang terakhir,beliau berdoa:
(translation)
(Ya Tuhan yang maha pencinta,wahai tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.Wahai tuhan yang mengerjakan apa yang dikehendaki-nya.Aku memohon kepada-mu dengan kemuliaan-mu yang tidak pernah tanggal,kerajaan-mu yang tidak mungkin digantikan dengan pihak lain,dan dengan nur-mu yang memenuhi tiang-tiang Arasy-mu,Aku mohon kepada-mu supaya engkau selamatkan aku dari gangguan pencuri ini.Wahai tuhan yang menolong,tolonglah aku.Wahai tuhan yang menolong,tolonglah aku.Wahai tuhan yang menolong,tolonglah aku.)
Doa ini dia baca tiga kali.Setelah bangkit dari sujud,tiba-tiba sudah menjelma di hadapannya seorang penunggang kuda yang siap dengan pedangnya yang terhunus.Matanya garang melihat penjahat itu dan kemudian memancungnya sehingga mati.
Setelah itu lelaki yang masih memegang pedang yang berdarah itu berpaling kepadanya seraya berkata:"Berdiri engkau!" Dia pun hairan dan bertanya:"Siapa tuan?sesungguhnya ALLAH telah menolong aku dengan perantaraan tuan pada hari ini."
Lelaki itu berkata:"Aku adalah Malaikat penghuni langit keempat.Sebaik sahaja engkau selesai membaca doa yang pertama tadi,Aku mendengar pintu-pintu langit berdering.Kemudian engkau bacakan doa kedua tadi aku dengar teriakan dan hiruk-pikuk penghuni langit.Dan setelah engkau selesai membaca doa kali ke-tiga,maka dikatakan kepadaku:"Itu doa orang yang sedang menghadapi bahaya." Kemudian kumohon kepada ALLAH supaya aku diperkenankan membunuh orang jahat itu dan ALLAH SWT pun menyuruh aku."
Anas r.a. berkata:"Ketahuilah,bahawa sesiapa yang berwuduk kemudian dia solat empat rakaat dan setelah itu membaca doa ini,maka akan diperkenankan baginya,sama ada dalam keadaan terdesak atau lapang."
No comments:
Post a Comment